Kelas Ms Publisher (Asas Ms Publisher)

20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 19 Oktober 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Publisher iaitu ‘Asas menggunakan Ms. Publisher’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 6 orang pelajar daripada sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara-cara asas menggunakan Ms Publisher.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan cara-cara asas menggunakan program Microsoft office seperti Publisher. Oleh sebab peserta yang hadir adalah daripada golongan pelajar sekolah rendah, mereka hanya didedahkan pada asas-asas dalam menggunakan Ms. Publisher seperti fungsi-fungsi asas dalam Ms. Publisher. Sebagai contoh, peserta diajar membuat menu makanan dan minuman menggunakan fungsi bentuk, text box, menukar font, menukar saiz font, menukar warna latang belakang, meletak gambar dan cara menggunakan fungsi alignment.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali